DAP berusaha yakinkan pengundi Cina calon BN beri khidmat terbaik untuk semua

KLUANG – Jentera Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan jentera Perpaduan sedang giat berusaha meraih undi pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan menghantar mesej bahawa calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah adalah bakal wakil rakyat yang akan berkhidmat dengan baik tanpa mengira kaum dan bangsa.

Ketua DAPSY, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, jentera DAP ketika ini turun padang bagi meyakinkan pengundi Cina di Mahkota bahawa Syed Hussien adalah calon yang terbaik untuk pimpin rakyat di kawasan tersebut.

“Kita akan fokus kepada kesesuaian calon kita (Syed Hussien) untuk mewakili pengundi di sini (Mahkota).

“Kami (DAPSY) akan berusaha untuk menyampaikan mesej kepada pengundi Cina khususnya, bagaimana beliau (Syed Hussien) akan berkhidmat dengan baik kepada pengundi. Tak kira kaum dan bangsa di Mahkota ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah kelompok Perpaduan, malam tadi.

Menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching itu, jentera Perpaduan terutama DAP yakin konflik melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh bukanlah fokus utama dalam PRK DUN Mahkota.

“Isu yang lebih penting yang kita nak lihat ialah bagaimana calon yang ada boleh memberikan idea yang bernas, memberi solusi dasar yang bagus untuk DUN Mahkota.

“Fokus PRK ini adalah untuk pilih calon yang boleh berkhidmat untuk pengundi-pengundi Mahkota dan Syed Hussien adalah calon terbaik. Saya memang yakin calon Perpaduan adalah calon yang terbaik untuk pimpin kawasan ini.

“Saya rasa kita akan fokus kepada kejayaan Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri, dan itulah menjadi fokus untuk raih kepercayaan dan yakinkan pengundi di sini,” ujarnya.

Terdahulu, isu Teresa dan Dr Akmal menimbulkan ketegangan sehingga timbul dakwaan pengundi Cina akan protes untuk tidak keluar mengundi pada 28 September ini.

Related Posts

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM