MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan aktiviti penjajaan dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekolah di seluruh Seberang Perai bermula tahun depan.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata, pelaksanaan itu adalah selaras dengan Garis Panduan Penjajaan di Luar Pagar Sekolah yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan keselamatan murid, kelancaran trafik dan kebersihan makanan.

“Langkah itu diambil susulan maklum balas dan aduan yang diterima daripada pihak sekolah serta ibu bapa berkaitan aktiviti penjajaan di luar pagar sekolah, khususnya melibatkan penjualan makanan dan minuman kurang sihat, aspek kebersihan makanan serta isu keselamatan murid.

“Penguatkuasaan menyeluruh akan dilaksanakan bermula tahun depan, namun sehingga hujung tahun ini kita memberi tumpuan kepada pendidikan, advokasi dan pematuhan secara sukarela sebelum tindakan perundangan diambil kepada penjaja yang masih ingkar,” katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan MBSP termasuk pemasangan papan tanda larangan penjajaan dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekolah, pengedaran risalah penerangan kepada penjaja, sesi libat urus bersama pihak sekolah dan komuniti setempat serta pemantauan berkala oleh pegawai penguat kuasa dan pegawai kesihatan persekitaran.

Baderul Amin berkata, MBSP turut memperkenalkan sistem permit pengesanan penjaja atau tagging bagi merekod, mengenal pasti dan mengurus aktiviti penjajaan di lokasi yang dibenarkan secara lebih sistematik khususnya selepas pelaksanaan larangan tersebut.

Katanya, setakat ini seramai 554 penjaja telah berdaftar di bawah sistem tagging dan daripada jumlah itu sebanyak 194 penjaja telah selesai melalui proses berkenaan.

“Sistem tagging yang dikenakan bayaran RM60 sebulan itu bertujuan membantu penjaja beroperasi secara lebih teratur di kawasan yang dibenarkan di samping memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 241 sekolah di seluruh Seberang Perai dan secara purata sekitar 10 penjaja berniaga di sekitar setiap sekolah, namun jumlah sebenar sukar ditentukan kerana kebanyakan mereka beroperasi secara tidak tetap.

Katanya, pendekatan MBSP bukan semata-mata berasaskan penguatkuasaan, sebaliknya bertujuan mencari penyelesaian seimbang antara kepentingan ekonomi penjaja dan keperluan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat serta kondusif.

Related Posts

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

LENGGONG – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang guru wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 30, Jalan Kuala Kangsar–Gerik–Pengkalan Hulu, berhampiran Restoran Tasik Raban di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah yang baharu dalam satu majlis yang berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027