Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri komited memperkukuh agenda pembangunan rendah karbon sebagai strategi utama memacu pertumbuhan ekonomi mampan, meningkatkan daya tahan negeri dan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembangunan rendah karbon bukan lagi sekadar agenda pemuliharaan alam sekitar, malah menjadi keperluan ekonomi yang penting bagi memastikan Sabah kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi global yang semakin menekankan amalan kelestarian dan piawaian alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG).

“Sabah mempunyai kelebihan tersendiri menerusi kekayaan biodiversiti, hutan tropika, ekosistem marin serta potensi besar dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro mini dan biojisim yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi hijau serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Peralihan kepada ekonomi rendah karbon hanya dapat direalisasikan menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan, akademia, pertubuhan masyarakat sivil dan golongan belia dalam memperluas pembiayaan hijau, menggalakkan inovasi, mengurangkan pelepasan karbon serta melahirkan modal insan yang bersedia menghadapi keperluan ekonomi masa depan,” ujarnya.

Masidi berkata demikian semasa merasmikan Simposium Sabah Low Carbon (SLC) 2026 bertemakan “Pathway to Net Zero, Resilience and Green Growth” di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Masidi turut memuji inisiatif Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu platform bagi membincangkan penyelesaian praktikal ke arah pembangunan hijau.

“Penglibatan mahasiswa sebagai petanda positif dalam melahirkan generasi peneraju ekonomi hijau pada masa hadapan.

“Program ini bukan sekadar menjadi medan perbincangan, malah mampu menghasilkan cadangan yang boleh dilaksanakan, memperkukuh kerjasama strategik serta merangsang pelaburan yang memberi impak kepada pembangunan mampan negeri,” ujarnya.

Turut hadir pada program ialah Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed; Yang Dipertua Persatuan Alumni UiTM Sabah, Azhar Matussin; Timbalan Yang Dipertua Persatuan Alumni UiTM Sabah, Sazali Md Salleh; Pengerusi Sabah Low Carbon Symposium 2026, Dr. Noorhaizah Ramzah.

Related Posts

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

SEMPORNA – Seorang pekerja resort yang cedera selepas terjatuh di Pulau Tubing, dekat sini, hari ini dipindahkan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

SANDAKAN – Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan