Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

SEREMBAN – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, masyarakat dinasihatkan jangan membuat sebarang spekulasi atau komen kes Exco Pengajian Tinggi Kedah, Dr Haim Hilman yang boleh menjejaskan prosiding mahkamah.

Katanya, masyarakat juga diingatkan agar menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

“Setakat ini polis menerima 15 laporan berhubung kenyataan yang didakwa dibuat mengenai dakwaan Haim Hilman dalam satu program di Seremban, Negari Sembilan pada 13 Jun lalu.

“Pertuduhan terhadap Haim Hilman dikemukakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Semasa perbicaraan Haim Hilman diwakili oleh peguam Mohd Faizi Che Abu dan Yahaya Othman.

Sebelum ini, Haim Hilman menegaskan, beliau tidak akan menarik balik pendiriannya berhubung dakwaan kemasukan pelajar ke universiti awam menerusi saluran terbuka atau yang diistilahkannya sebagai ‘pintu belakang’.

Mahkamah membenarkan Haim Hilman diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai.

Related Posts

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Oleh: Aman Muhammad ULASAN | Parti MCA mahu Menteri Besar Kedah keluarkan lessen judi semula. Disiarkan di laman rasmi MCA, kenyataan rasmi yang mendesak MB Kedah kembalikan semula lesen premis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM