Polis buka siasatan kes buli Tenom, suspek bawah 12 tahun dirakam keterangan

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah mengesahkan siasatan berhubung kes buli melibatkan pelajar sebuah sekolah di Tenom yang tular di media sosial sedang berjalan, dengan semua pihak berkaitan termasuk mangsa dan individu disyaki terlibat telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan tindakan lanjut akan dibuat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada memandangkan individu yang terlibat merupakan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

“Pihak polis telah melaksanakan siasatan ke atas kes ini dan satu kertas siasatan telah dibuka dan mangsa juga telah diambil kenyataan.

“Namun, kita akan menangani perkara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada bagi pesalah di bawah umur 12 tahun,” katanya ketika mengulas perkembangan kes berkenaan, pada Majlis Penutupan Kursus Asas Pasukan Gerakan Am, Siri 1/2026, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas pihak polis mengambil maklum mengenai penularan video kejadian buli tersebut yang mencetuskan perhatian masyarakat sebelum ini.

Dalam pada itu, Jauteh turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan semula video kejadian atau melakukan suntingan terhadap gambar individu yang terlibat kerana tindakan berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada semua pihak.

“Walaupun penyebaran tersebut mungkin bertujuan memberi peringatan kepada masyarakat agar kejadian sama tidak berulang, tindakan menyebarkan kandungan berkenaan secara meluas bersama komen-komen tertentu adalah tidak wajar.

“Kita minta orang ramai tidak menyebarluaskan video-video ataupun membuat suntingan terhadap gambar pihak yang terlibat dalam perkara seperti ini.

“Biarlah pihak PDRM, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan menangani isu ini.

“Tidak perlulah kita menyebarluaskan perkara ini,” ujarnya.

Menurutnya, tindakan pihak berkuasa adalah bagi memastikan kes tersebut dikendalikan secara teratur dengan mengambil kira kebajikan semua pihak terutama mangsa serta individu bawah umur yang terlibat.

“Kes tersebut kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Seksyen 509B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sebelum ini, video yang memaparkan kejadian buli membabitkan pelajar sebuah sekolah di Tenom tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai, sekali gus mencetuskan gesaan supaya tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu buli dalam kalangan pelajar,” jelasnya.

Related Posts

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

KULAI – Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

SEMPORNA – Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (Puspabumi), memohon Kerajaan Persekutuan serta kementerian berkaitan agar memberi perhatian serius terhadap isu kuota diesel di Sabah yang dilihat tidak selari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan