UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengumumkan keluar parti serta-merta bermula, pada Khamis.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, alasan utama beliau keluar UMNO kerana parti itu tidak lagi bebas membuat keputusan selain terdapat campur tangan pihak Istana dalam membuat keputusan melibatkan UMNO.

“UMNO Johor dikawal oleh Istana dalam membuat keputusan. Satu bukti jelas ialah Dato Onn Hafiz sendiri buat pengakuan kepada saya semasa pertemuan di Saujana pada 21 Jun 2026 (Ahad).

“Dia maklum kepada saya bahawa pihak Istana yang titah kepada beliau agar DUN Johor dibubar pada 1 Jun 2026,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa UMNO Johor umpama boneka yang terikat dan atas dasar itu, beliau melakukan ‘keberanian politik’ mendedahkan kemungkaran tersebut sebelum menjadi parah.

“Saya sedar saya akan dikecam dan dihina. Mungkin juga keselamatan saya terancam. Tetapi berbekalkan ‘keberanian politik’, saya bersedia bertempur dalam apa jua keadaan.

“Saya tidak mahu UMNO dipimpin oleh ‘Pengecut Politik’ sehingga menyebabkan calon BN diketawakan sebagai kitar semula, tiada aspirasi orang muda dan ‘mediocre’,” katanya.

Mohd Puad berkata, susulan pengumumannya keluar parti, UMNO tidak perlu bersusah payah memecatnya.

“Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang. Kini saya bebas mengkritik UMNO satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia.

“Ada yang akan menuduh saya keluar UMNO kerana kepentingan diri. Buat apa saya keluar ketika UMNO dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi.

“Saya tinggalkan UMNO di saat KJ (Khairy Jamaluddin), Hishamuddin (Datuk Seri Hishamuddin Hussein), Noh Omar (Tan Sri Noh Omar) kembali masuk UMNO bila melihat parti tambah kuat. Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?” katanya.

Tambahnya, beliau enggan parti tersebut dipimpin individu yang pengecut sehingga menyebabkan calon BN diketawakan sebagai kitar semula, tiada aspirasi orang muda dan biasa-biasa sahaja.

“Saya bertawakkal kepada Allah. Kaulah pelindung yang tidak ada tolok bandingnya,” katanya.

Terdahulu, BN menggunakan calon kitar semula seperti Mohd Azhar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai wakil parti itu bagi PRN Johor yang akan berlangsung pada Julai depan.

Mohd Azhar bukan nama asing di Tenang apabila pernah mewakili kawasan itu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang pada 2011, namun gagal mempertahankan kerusi berkenaan apabila tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Dr Adham pula pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama dua penggal sebelum beralih ke pentas Parlimen apabila memenangi kerusi Tenggara pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Pada PRU15, beliau sekali lagi dicalonkan mempertahankan kerusi Parlimen Tenggara namun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), sekali gus menamatkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen manakala bagi kerusi DUN bekas Menteri Kesihatan itu tidak dicalonkan.

Related Posts

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa gabungan itu. Ahmad Farhan akan dibantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama