Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

KUALA SELANGOR – Sebuah syarikat pemaju di Puncak Alam dikenakan kompaun RM125,000 kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam satu kenyataan berkata tindakan penguatkuasaan diambil melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB).

“Syarikat pemaju berkenaan telah dikenakan kompaun berjumlah RM125,000 selepas siasatan mendapati pemindahan hak milik petak telah mencapai 25 peratus daripada keseluruhan syer agregat, namun pihak pemaju masih gagal melaksanakan kewajipan untuk mengadakan mesyuarat tersebut walaupun beberapa notis dan peringatan telah dikeluarkan oleh COB MPKS.

“Hasil siasatan, kertas siasatan telah mendapat izin kompaun daripada Timbalan Pendakwa Raya dan tindakan kompaun dikenakan di bawah Seksyen 57(2), Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Pengkompaunan Kesalahan) 2019,” kata pihak berkuasa tempatan itu.

MPKS turut menegaskan akan komited dalam memastikan pematuhan undang-undang berkaitan pengurusan strata serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhinya.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling