Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa gabungan itu.

Ahmad Farhan akan dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut yang juga Pengerusi DAP Pahang, Lee Chin Chen sebagai Timbalan Pengerusi 1 dan Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada parti AMANAH sebagai Timbalan Pengerusi 2.

Pelantikan itu diumumkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan PH Pahang bagi Tahun 2025 yang berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat PH Pahang, pelantikan barisan kepimpinan baharu itu diyakini mampu memperkukuh struktur organisasi parti sekali gus memastikan gerak kerja di semua peringkat dapat dilaksanakan lebih teratur, berfokus dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Mesyuarat turut menetapkan beberapa agenda utama sebagai teras perjuangan PH Pahang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.

“Antaranya, semua parti komponen gabungan itu iaitu PKR, DAP dan AMANAH akan digerakkan sepenuhnya bagi menyusun jentera serta melaksanakan pelbagai aktiviti di semua kawasan sebagai persediaan menghadapi PRU16,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, PH Pahang akan membantu jentera pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan sebagai manifestasi kesepaduan dan semangat kerjasama parti di peringkat kebangsaan.

Jelas kenyataan tersebut, gabungan terbabit akan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan hubungan antara pimpinan dan akar umbi.

“Kita juga akan memantapkan kesiapsiagaan jentera serta memperluas gerak kerja penerangan dan khidmat masyarakat di seluruh negeri,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, PH Pahang yakin dengan kepimpinan baharu, semangat kebersamaan dan gerak kerja yang lebih tersusun, gabungan itu dapat terus memperkukuh peranannya di negeri ini.

“PH Pahang akan terus memainkan peranan sebagai wadah politik yang progresif, bertanggungjawab dan dekat dengan rakyat dalam membawa agenda reformasi, kebajikan rakyat, tadbir urus yang baik serta masa depan yang lebih sejahtera untuk negeri ini,” katanya.

Related Posts

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

JOHOR BAHRU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa terdapat sesuatu yang “tidak kena” dalam UMNO Johor susulan pengumuman senarai calon yang akan bertanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja