Pelaburan Chery buka 3,000 peluang kerja di Serendah, manfaat anak tempatan

SERENDAH – Pembangunan Serendah sebagai hab automotif Selangor terus membawa manfaat kepada penduduk setempat apabila pelaburan syarikat automotif antarabangsa dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan untuk anak tempatan.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, pelaburan oleh pengeluar automotif China, Chery, menerusi pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin bakal membuka kira-kira 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Beliau berkata, peluang tersebut merupakan antara manfaat utama yang dibawa melalui Program Local Business Connect (LBC) Siri 2 yang berlangsung di Serendah, sekali gus menjadi platform menghubungkan pelabur dengan komuniti tempatan.

“Program ini mendekatkan pelabur dengan penduduk setempat bagi memudahkan mereka mendapatkan peluang pekerjaan dan meneroka peluang perniagaan yang tersedia.

“Sebagai daerah yang sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai hab automotif, penyertaan syarikat seperti Proton dan Chery memberi peluang besar kepada penduduk tempatan untuk menyertai industri yang berkembang pesat,” kongsinya menerusi media sosial pada Isnin.

Selain Chery dan Proton, program itu turut disertai syarikat yang menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan industri automotif seperti Sipro Plastic dan Azman Hamzah Plastic (AHP).

Turut mengambil bahagian ialah beberapa agensi kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Hijrah Selangor yang menawarkan pelbagai bantuan, latihan kemahiran serta peluang pembiayaan kepada usahawan tempatan.

Sze Han berkata, kerajaan negeri komited memastikan pembangunan ekonomi dan pelaburan yang masuk ke Selangor dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta komuniti setempat.

“Fokus utama kita adalah memastikan hasil kekayaan yang dijana di Selangor diagihkan secara seimbang agar manfaatnya dapat dirasai bersama oleh rakyat dan golongan usahawan tempatan,” katanya.

Related Posts

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

KOTA KINABALU – Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bukan sahaja bertujuan mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi, malah memastikan manfaat subsidi diesel disalurkan secara lebih adil kepada rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MADANI Mart tertakluk pemantauan dan peraturan sama seperti entiti lain

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan semua entiti yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), termasuk MADANI Mart, tertakluk kepada pemantauan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

MADANI Mart tertakluk pemantauan dan peraturan sama seperti entiti lain

MADANI Mart tertakluk pemantauan dan peraturan sama seperti entiti lain

Kerajaan MADANI salur RM16 bilion kepada Johor dalam tempoh tiga tahun

Kerajaan MADANI salur RM16 bilion kepada Johor dalam tempoh tiga tahun

Penyertaan BRICS mula beri pulangan, bukti langkah strategik Anwar dua tahun lalu

Penyertaan BRICS mula beri pulangan, bukti langkah strategik Anwar dua tahun lalu

Kerajaan teliti kaedah baharu kenal pasti kumpulan sasar bantuan

Kerajaan teliti kaedah baharu kenal pasti kumpulan sasar bantuan

Bengang disuluh lampu di kebun durian, dua lelaki positif dadah ugut tembak mekanik

Bengang disuluh lampu di kebun durian, dua lelaki positif dadah ugut tembak mekanik