Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

PUTRAJAYA – Akta Jenayah Komputer 1997 bakal dimansuhkan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, RUU berkenaan mengandungi lapan bahagian dan 61 fasal serta memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah siber.

Menurutnya, undang-undang baharu itu diperkenalkan dalam memastikan Malaysia dapat memenuhi obligasi antarabangsa berkaitan jenayah siber selain, memperkukuh keupayaan negara menangani ancaman keselamatan siber yang semakin kompleks.

“Perkembangan teknologi ketika ini menyebabkan ancaman siber tidak lagi terhad kepada pencerobohan sistem komputer dan kecurian data semata-mata.

“Ancaman jenayah siber kini turut merangkumi kecurian identiti, penipuan dalam talian, eksploitasi, serangan perisian tebusan (ransomware) serta penyalahgunaan teknologi memuncul seperti kecerdasan buatan (AI).

“Justeru, negara memerlukan sebuah kerangka perundangan yang lebih menyeluruh bagi memastikan usaha pencegahan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, RUU Jenayah Siber 2026 akan dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

“Penggubalan undang-undang baharu itu diyakini mampu menambah baik ekosistem keselamatan ruang siber negara sekali gus mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan dipercayai.

“Kerangka perundangan yang lebih mampan bukan sahaja akan melindungi rakyat secara lebih menyeluruh, malah menyokong pertumbuhan ekonomi digital, menggalakkan inovasi serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global,” katanya.

Bacaan kali kedua dan ketiga RUU berkenaan dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 1 Julai depan.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja