DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

KUCHING – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini melangkah ke fasa baharu melalui pelaksanaan Rancangan Strategik DBP 2026-2030 bagi memperkukuh kecintaan terhadap bahasa Melayu dan meningkatkan jati diri bangsa Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, pelan komprehensif berkenaan digerakkan menerusi lima teras utama yang disinergikan secara strategik dengan dasar makro negara di bawah kerangka Malaysia MADANI dan Reformasi Pendidikan.

Menurut beliau, lima teras tersebut merangkumi pemerkasaan ekosistem bahasa Melayu, perluasan jaringan global, kemampanan kewangan, agenda pendigitalan dan transformasi Kecerdasan Buatan (AI), serta pemantapan tadbir urus dan modal insan.

“Di bawah Teras 4, DBP memperkasakan pendigitalan berasaskan data raya (big data) bahasa dan persuratan untuk membangunkan korpus AI bahasa Melayu yang canggih,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan bagi mewakili Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-70 di sebuah hotel pada Isnin.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Mengulas mengenai pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah sambutan Jubli Platinum itu, beliau menjelaskan ia merupakan simbolik utuhnya jambatan bahasa yang menghubungkan Semenanjung, Sarawak dan Sabah dalam satu semangat kebangsaan.

Tambah beliau, peranan DBP amat signifikan dalam mendukung hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terutamanya membabitkan agenda Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Pendidikan Digital, Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 serta Kurikulum Persekolahan 2027.

Dalam pada itu, DBP turut bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Projek WaRiSAN-MELAYU (Wahana Rintis Semantik Ayat Nasional) dengan menyumbang kekayaan data dan kemahiran sumber tenaga perancang bahasa.

“Mencapai usia 70 tahun ini, Khazanah Data Raya Sektor Awam (DRSA), termasuk lebih sejuta entri daftar istilah, mesti dimanfaatkan sebagai sumur maklumat untuk menyuburkan pembangunan korpus AI bahasa Melayu,” jelasnya.

Beliau turut menyeru agar seluruh perancangan DBP terus mengekalkan sifat yang merakyat dan berada di tengah-tengah masyarakat demi memantapkan jati diri kebangsaan.

Related Posts

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

MUKAH – Seramai 38 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah ini diuji menerusi Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi mencungkil bakat baharu atlet pelapis para…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

MIRI – Program Zumba Aerodance anjuran Kesatuan Pekerja Bank Sarawak cawangan Miri berlangsung dengan meriah sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat sambil mengumpul dana bagi membantu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

DBP perhebat usaha dokumentasi kosa kata 27 etnik Sarawak

DBP perhebat usaha dokumentasi kosa kata 27 etnik Sarawak