JTK Sarawak ingatkan henti sebar maklumat mengelirukan kes buruh

KUCHING – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak mengingatkan semua pihak agar menghormati proses perundangan dan menghentikan penyebaran maklumat mengelirukan berhubung kes buruh di media sosial.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin, JTK Sarawak memaklumkan terdapat pihak ketiga yang dikesan menyebarkan pelbagai pandangan, ulasan dan dakwaan berkaitan prosiding membabitkan pegawai jabatannya.

Menurut jabatan itu, tindakan menyebarkan tafsiran, andaian dan tuduhan tersebut didapati tidak menggambarkan keseluruhan fakta serta keadaan sebenar kes yang sedang dikendalikan.

“Setiap siasatan dan penyelesaian kes dilaksanakan berdasarkan peruntukan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) serta prosedur yang ditetapkan.

“Pertimbangan dibuat berasaskan fakta, keterangan dan dokumen yang dikemukakan oleh pihak-pihak terlibat,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, JTK Sarawak menjelaskan bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Buruh berhak untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Tambahnya, hak proses rayuan tersebut telah diperuntukkan secara jelas di bawah Seksyen 8M ordinan berkenaan bagi menjamin keadilan semua pihak.

Susulan itu, JTK Sarawak menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyebaran kandungan tidak benar atau berunsur fitnah yang berpotensi menjejaskan reputasi jabatan serta pegawai bertugas.

“Jabatan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Ini termasuk merujuk perkara tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” tegasnya.

Orang ramai turut disaran untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan salah faham.

Pihak jabatan kekal komited melaksanakan tanggungjawab secara telus, profesional dan berintegriti bagi memastikan hak serta kepentingan masyarakat terus dilindungi.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan