Wanita didenda RM80,000 ceroboh tanah kerajaan Pahang tanam durian

KUANTAN – Seorang pengusaha kebun durian didenda RM80,000 di Mahkamah Sesyen Raub, hari ini, selepas mengaku salah atas tuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Pertang, Mukim Gali, Raub, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Puan Noor Zaihan Mohamad Ali turut memerintahkan tertuduh, Yong Lai Kien, 48, dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, susulan Ops Sekat Musang King dijalankan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 9 Ogos 2024, wanita terbabit didapati menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

Serbuan di kawasan Sungai Pertang, Mukim Gali itu mendapati terdapat sebuah rumah kebun serta kawasan tanaman pokok durian diusahakan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menduduki dan menggunakan tanah itu tanpa memperoleh kebenaran sah pihak berkuasa negeri sebelum tindakan pendakwaan diambil.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Muqris Alif Zairiasdi dan Nurul Ain Wozzari manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Harris Mohan.

Related Posts

Sandakan perlu dorongan lebih kukuh untuk pulihkan ekonomi – Chong

SANDAKAN – Sandakan memerlukan dorongan lebih kukuh dan bersepadu daripada kerajaan bagi memulihkan ekonominya serta kembali ke landasan pertumbuhan yang mampan. Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Chong Thien Ming…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

KOTA KINABALU – Seorang penjawat awam dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin, atas pertuduhan berasingan membabitkan rasuah berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan perlu dorongan lebih kukuh untuk pulihkan ekonomi – Chong

  • By Fandi
  • September 28, 2026
Sandakan perlu dorongan lebih kukuh untuk pulihkan ekonomi – Chong

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi