DBKK roboh 38 struktur setinggan setakat Jun

KOTA KINABALU – Sebanyak 38 struktur setinggan haram di kawasan belakang Alamesra, Likas telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat 19 Jun lalu.

Menurut DBKK, jumlah itu termasuk 13 struktur yang dirobohkan dalam Operasi Perobohan Bersepadu yang dilaksanakan pada Khamis lalu.

“Sebanyak 112 lagi struktur dikenal pasti untuk tindakan penguatkuasaan seterusnya.

“Kawasan berkenaan dikenal pasti sebagai lokasi pencerobohan di atas tanah rizab hutan bakau dan kawasan pesisir sungai yang berisiko menjejaskan keselamatan awam serta alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Tambahnya, notis pengosongan, pengalihan dan perobohan telah diserahkan kepada penghuni terlibat pada 13 April lalu sebelum operasi dilaksanakan.

Operasi itu melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

“Tindakan penguatkuasaan ini bukan sekadar operasi perobohan, tetapi langkah bagi memastikan tanah kerajaan tidak terus diceroboh.

“Ia juga memelihara kawasan alam sekitar serta mengurangkan risiko kebakaran dan jenayah,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula