Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

ALOR SETAR – Aktiviti penanaman padi bagi Musim 1/2026 di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kini mencapai 49.3 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman.

MADA dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pencapaian itu direkodkan setakat semalam walaupun pesawah berdepan cuaca mencabar dan kekangan bekalan air berikutan jumlah taburan hujan lebih rendah daripada jangkaan kebelakangan ini.

Menurut kenyataan itu, aktiviti pratepuan bagi musim berkenaan sudah mencapai 100 peratus, manakala kerja penyediaan tanah pula mencatatkan kemajuan sebanyak 94.8 peratus.

“MADA merakamkan penghargaan kepada seluruh peladang yang terus komited meneruskan aktiviti penanaman padi Musim 1/2026 meskipun berdepan keadaan cuaca yang mencabar serta kekangan bekalan air.

“Beberapa kelewatan aktiviti penanaman sebelum ini dipengaruhi keadaan taburan hujan yang lebih rendah daripada jangkaan, yang memberi cabaran kepada pengurusan bekalan air pengairan,” menurut MADA.

Menurut kenyataan berkenaan, peningkatan taburan hujan ketika ini perkembangan positif dan dimanfaatkan sebaiknya oleh peladang untuk mempercepatkan aktiviti penanaman dengan MADA komited memastikan keperluan pesawah sepanjang musim penanaman dipenuhi sebaik mungkin.

“Antara usaha dilaksanakan termasuk menyediakan bekalan air pengairan mengikut keupayaan semasa, melakukan pemantauan berterusan di lapangan serta melaksanakan kerja penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran.

“MADA juga akan terus perkukuh penyaluran maklumat serta hebahan terkini kepada peladang dari semasa ke semasa. Pada masa sama, pengedaran input subsidi akan dilaksanakan secara teratur dan mengikut jadual bagi menyokong kelancaran aktiviti penanaman padi,” kata MADA.

Agensi berkenaan memaklumkan, status takungan air di tiga empangan utama MADA direkodkan sebanyak 41.46 peratus dan pesawah dinasihat menggunakan sumber air secara berhemah dan optimum, elak pembaziran dan amal kaedah penanaman bersesuaian keadaan semasa.

Daripada jumlah itu, Empangan Pedu merekodkan takungan 43.23 peratus, diikuti Empangan Ahning (50.11 peratus) dan Empangan Muda (13.64 peratus).

“Kerjasama berterusan peladang amat penting bagi memastikan Musim 1/2026 dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi menjamin kelangsungan pengeluaran padi serta keterjaminan bekalan makanan negara,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

KOTA KINABALU – Pendekatan pengurusan sisa di Sabah perlu disesuaikan mengikut keperluan dan realiti setiap daerah berikutan cabaran di kawasan bandar, luar bandar, pesisir serta kepulauan yang berbeza. Pengerusi Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham