Kerajaan Madani ambil serius hal berkait akidah, syariat umat Islam

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani mengambil serius perkara menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, perkara berkaitannya disentuh dalam pertemuan beliau dengan pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pertemuan itu katanya, antara lain berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia.

Tambahnya, pertemuan itu turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jaamah.

“Justeru ia menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh Jakim dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi.

“Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri memaklumkan beliau menerima kunjungan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Putrajaya.

“Alhamdulillah… kami sempat bertukar pandangan terkait pelbagai isu yang berlaku mutakhir ini khususnya menyentuh hal ehwal Islam,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung