Jentera Perpaduan maksimumkan gerak kerja demi kemenangan calon BN

KLUANG – Menjelang hari-hari akhir tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, PKR tekad memaksimumkan gerak kerja kempen dalam usaha memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, gerakan kempen digerakkan jentera peringkat pusat, negeri dan DUN selari dengan kerjasama Pusat sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan.

“Fokus kami di sini (Mahkota) khususnya semua jentera di peringkat pusat ataupun peringkat negeri dan DUN, kami mahu melakukan sedaya mungkin bagi memenangkan calon BN (Syed Hussien Syed Abdullah) kerana untuk mendapat wakil (rakyat) yang mampu berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.

“Saya (berkempen) di sini atas semangat setia kawan, dan saya akan pastikan ia terus kukuh,” katanya ketika ditemui pemberita ketika program ziarah kasih, bersama jentera Perpaduan di Taman Ilham, pada Selasa.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang mempunyai keseluruhan 66,318 pengundi dengan 20 pusat mengundi akan dibuka pada Sabtu ini.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung