Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

ALOR SETAR – Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar yang diseludup di Bukit Kayu Hitam, dekat sini bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Zulhilmi Aqwa A Rahman, 34, dan Mohamad Johan Iskandar Shah Jeffry Pidin, 26, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zulhimi yang beralamat di Batu Pahat, Johor didakwa mengangkut Binajo, 19, dan Antoi, 29, menggunakan kereta jenis Toyota Yaris.

Perbuatan itu dilakukan di Check Point Foxtrot Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 7.13 malam, 22 Mei lalu.

Seorang lagi tertuduh, Mohamad Johan Iskandar dari Johor Bahru turut dituduh melakukan kesalahan sama membabitkan migran lelaki warga Myanmar, Win Shwe, 61, dengan menggunakan kereta jenis Perodua Bezza.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di lokasi dan pada masa sama.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri, manakala Mohd Zulhilmi diwakili peguam Datuk G. Shanmugam. Mohamad Johan Iskandar pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan 17 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon