Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

ALOR SETAR – Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar yang diseludup di Bukit Kayu Hitam, dekat sini bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Zulhilmi Aqwa A Rahman, 34, dan Mohamad Johan Iskandar Shah Jeffry Pidin, 26, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zulhimi yang beralamat di Batu Pahat, Johor didakwa mengangkut Binajo, 19, dan Antoi, 29, menggunakan kereta jenis Toyota Yaris.

Perbuatan itu dilakukan di Check Point Foxtrot Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 7.13 malam, 22 Mei lalu.

Seorang lagi tertuduh, Mohamad Johan Iskandar dari Johor Bahru turut dituduh melakukan kesalahan sama membabitkan migran lelaki warga Myanmar, Win Shwe, 61, dengan menggunakan kereta jenis Perodua Bezza.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di lokasi dan pada masa sama.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri, manakala Mohd Zulhilmi diwakili peguam Datuk G. Shanmugam. Mohamad Johan Iskandar pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan 17 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Related Posts

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

KOTA KINABALU – Petronas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah melancarkan dua platform digital bagi mempertingkat pembangunan tenaga kerja industri minyak dan gas. Pengarah Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

LUMUT – Amalan membayar gaji di bawah kadar gaji minimum, menggaji pekerja asing tanpa mematuhi prosedur serta gagal menyediakan kontrak pekerjaan antara pelbagai pelanggaran undang-undang yang dikesan menerusi Operasi Bersepadu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000