Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

KUCHING – Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari kembali ke rahmatullah pada Khamis. 

Berita duka itu disahkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri dan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Santubong.  

Menurut kenyataan tersebut, jenazah Allahyarham akan diuruskan di ibu negara sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak pada Jumaat.  

“Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi (Nancy Shukri) di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya.  

“Ia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching,” jelas kenyataan itu. 

Bagaimanapun, masa untuk sesi penghormatan terakhir berkenaan akan dimaklumkan kemudian.  

Related Posts

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

IPOH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh, Jalan Laksamana, di sini, pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

SEMPORNA – Pengurusan sampah di Semporna perlu ditambah baik khususnya dari segi kutipan, pengangkutan dan pemindahan sampah supaya lebih berkesan dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

  • By Fandi
  • September 23, 2026
Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya