Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

KUANTAN – Seorang peneroka FELDA mengalami kerugian lebih RM6,000 selepas enam ekor lembu miliknya ditemukan mati dipercayai dibaham harimau di Ladang Sungai Mok, Rompin pada 13 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian disedari lelaki berusia 60 tahun itu ketika melakukan pemantauan di ladang itu pada jam 8 pagi.

Katanya, enam lembu jenis baka Brahman itu ditemukan mati dengan kesan gigitan di leher haiwan terbabit.

“Peneroka mengesyaki lembu itu dibaham harimau kerana terdapat kesan tapak kaki dipercayai haiwan terbabit. Kejadian ini berlaku tiga hari berturut-turut sehingga semalam.

“Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM6,300,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata, peneroka itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin untuk tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta