Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan bahawa Program Baucar Kita Selangor 2026 masih belum dibuka untuk permohonan umum dan akan dilaksanakan secara bersasar kepada kumpulan penerima yang telah dikenal pasti.

Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini memaklumkan, bantuan itu akan disalurkan kepada golongan yang layak berdasarkan data dan senarai yang dibekalkan oleh agensi berkaitan.

“Antara penerima yang terlibat ialah isi rumah miskin dalam pangkalan data eKasih, pekerja yang diberhentikan kerja, golongan rentan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta ibu tunggal yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

“Penerima yang layak akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) secara berperingkat bermula 23 Jun 2026 bagi membolehkan mereka mengesahkan maklumat dan mengemukakan permohonan menerusi Portal Baucar Kita Selangor bersama dokumen sokongan yang diperlukan,” jelas kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menunggu pengumuman rasmi kerajaan negeri yang dijadualkan pada 22 Jun ini sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan program berkenaan.

Kerajaan negeri turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap SMS atau mesej yang mengandungi pautan mencurigakan dan tidak menekan pautan daripada sumber tidak sah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan yang disalurkan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 itu bertujuan membantu golongan sasar berdepan peningkatan kos sara hidup dan tekanan inflasi susulan ketidaktentuan ekonomi global.

 Antara baucar lain yang turut ditambah baik ialah Jelajah Ehsan Rahmah (JER) berjumlah RM10 juta, program Sarapan Percuma (SP) pula, akan diberikan kepada 120,000 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang memerlukan di 965 sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM30 sebulan kepada 50,000 pengguna melalui aplikasi Nine.

Maklumat lanjut mengenai Program Baucar Kita Selangor akan diumumkan menerusi saluran rasmi Kerajaan Negeri Selangor dari semasa ke semasa.

Related Posts

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

KOTA KINABALU – Pengurusan trafik di sepanjang laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli yang sedang menjalani projek naik taraf jalan raya dan jambatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna serta mengurangkan kesan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperjuangkan cadangan meletakkan sektor pelancongan di bawah Senarai Bersama (Concurrent List) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang