Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan perbankan di Malaysia tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bermula 1 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, pada Isnin.

Menurut ketiga-tiga pihak terbabit, inisiatif sedemikian membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj tanpa had ini terpakai kepada ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia.

“Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ini mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, inklusif dan mampu milik untuk pelanggan,” katanya.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih merupakan kaedah pembayaran yang penting dan diperlukan oleh ramai rakyat Malaysia dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

Sehubungan itu, persatuan itu memaklumkan, pemansuhan caj pengeluaran wang tunai antara bank melalui ATM mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan kepada perkhidmatan perbankan, di samping membantu mengurangkan beban kewangan harian rakyat.

“Inisiatif ini menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, inklusif dan berorientasikan pelanggan.

“Walaupun wang tunai kekal sebagai pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya, ketika Malaysia bergerak ke arah ekonomi yang lebih digital, bank-bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang berdaya maju untuk urusan harian.

“Industri perbankan kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, sambil memajukan inklusiviti kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan keseluruhan bagi semua rakyat Malaysia,” jelasnya.

Related Posts

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

MUAR – Kerajaan komited memastikan hasil pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara dapat dirasai secara saksama oleh seluruh rakyat, khususnya golongan di peringkat akar umbi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman