Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

MUAR – Usaha memperkukuh jaminan bekalan tenaga negara terus menjadi fokus kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Kazan, Rusia, esok.

Anwar berkata, lawatan berkenaan akan berlangsung sempena mesyuarat antara pemimpin ASEAN dan kepimpinan Rusia, dengan agenda utama bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak ke Malaysia.

“Antara yang saya nak tegaskan bila jumpa dengan Putin, nak pastikan minyak itu dia dapat salur juga kepada kita… ini rahsia kita baik dengan orang.

“Pendekatan proaktif melalui hubungan diplomatik yang erat penting bagi menjamin bekalan tenaga jangka panjang negara, selain mengelakkan gangguan bekalan seperti yang sedang dihadapi beberapa negara jiran di rantau ASEAN sehingga memaksa penutupan stesen minyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Minum Petang bersama komuniti nelayan, peladang dan masyarakat setempat di Medan Selera Pantai Leka, di sini pada Isnin.

Menurut Perdana Menteri, kestabilan ekonomi domestik dan hubungan baik dengan negara luar membolehkan Malaysia mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, sekali gus menjadikannya antara yang terendah di dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat susulan konflik yang melibatkan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran sehingga menyebabkan penutupan Selat Hormuz.

Beliau berkata, sebarang gangguan di laluan perkapalan strategik itu berpotensi memberi kesan langsung kepada ekonomi negara melalui peningkatan harga minyak mentah di pasaran global.

Bagaimanapun, Anwar memaklumkan bahawa beliau menerima perkembangan positif daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang menjangkakan konflik berkenaan berkemungkinan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Semalam dapat maklumat daripada Perdana Menteri Pakistan, dia kata akan tandatangan mungkin hari Jumaat selesai perang itu.

“Kita doakan kerana kalau tidak, Selat Hormuz ditutup… kesan sehingga ke Malaysia, (harga) minyak naik… hari ini, (harga) minyak dah mula turun sedikit,” katanya.

Related Posts

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta