AMK sasar lima calon muda di Johor, Negeri Sembilan

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyasarkan sekurang-kurangnya lima calon muda untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, senarai calon yang dicadangkan telah diserahkan kepada kepimpinan parti untuk pertimbangan.

Katanya, AMK mengambil pendekatan berasaskan kualiti calon dan bukannya menetapkan kuota tertentu seperti yang diamalkan sayap wanita parti.

“AMK tidak mempunyai kuota khusus seperti wanita yang menetapkan 30 peratus penyertaan dalam perlembagaan parti.

“Sebaliknya kita melihat kepada kualiti calon yang mampu membawa suara anak muda dan memberi sumbangan kepada parti serta rakyat,” katanya selepas sesi taklimat bersama anggota parti di sini.

Menurut beliau, bagi Johor, AMK telah menghantar antara tujuh hingga lapan nama calon untuk dipertimbangkan dengan sasaran sekurang-kurangnya lima calon diberi peluang bertanding.

Katanya, bagi Negeri Sembilan pula, kira-kira enam nama telah dikemukakan dengan sasaran yang sama.

“Bagi Johor, kita mensasarkan sekitar lima calon daripada AMK dan jumlah yang hampir sama turut disasarkan di Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun keputusan akhir terletak di tangan Presiden parti selepas meneliti semua cadangan yang dikemukakan,” ujarnya.

Muhammad Izuan berkata, proses saringan telah dilakukan bagi memastikan calon yang diketengahkan mempunyai kredibiliti dan mampu membawa aspirasi generasi muda.

Tambahnya, demografi serta isu tempatan di Johor dan Negeri Sembilan adalah berbeza, justeru setiap calon yang dicadangkan dipilih berdasarkan kesesuaian kawasan dan keperluan semasa.

“Kita berharap calon-calon yang dicadangkan mendapat kepercayaan kepimpinan parti untuk menggalas amanah dan membawa agenda perjuangan parti pada pilihan raya nanti,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff