Perak perhalusi cadangan pembinaan Balai Cerap baharu bernilai RM38.65 juta

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang memperhalusi cadangan pembangunan Balai Cerap Negeri Perak yang dianggarkan menelan kos awal kira-kira RM38.65 juta bagi memperkukuh kemudahan falak serta memperluaskan bidang pendidikan dan penyelidikan astronomi di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tapak utama yang dicadangkan bagi projek tersebut ialah di Pantai Pasir Panjang, Segari, dan pembangunan berkenaan akan diselaraskan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

Menurut beliau, cadangan pembinaan itu telah dibincangkan secara terperinci menerusi Bengkel Insentif Pembinaan Balai Cerap Negeri Perak yang berlangsung pada 19 hingga 20 Mei lalu dengan penglibatan Jabatan Mufti Negeri Perak, JKR, Pejabat Kewangan Negeri serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.

“Projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 3.08 hektar di Pantai Pasir Panjang, Segari.

“Lokasi ini dikenal pasti sebagai tapak yang sesuai kerana mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti cerapan hilal rasmi negeri yang turut akan dinaik taraf.

“Pembinaan balai cerap ini dijangka dapat memperkukuh kedudukan Perak sebagai pusat rujukan ilmu falak dan astronomi, di samping menyokong pembangunan pendidikan serta penyelidikan dalam bidang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Falak Peringkat Negeri Perak 1448H/2026M baru-baru ini.

Saarani berkata, projek tersebut juga berpotensi menjadi produk pelancongan baharu berasaskan pendidikan dan astronomi yang mampu memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negeri.

“Ini merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk memperluaskan kefahaman masyarakat terhadap bidang ilmu yang penting ini.

“Ilmu falak bukan sekadar berkaitan teleskop atau cerapan anak bulan, sebaliknya mengajar kita mengenai ketelitian, disiplin dan amanah, selain membantu memahami kebesaran Allah SWT melalui aturan alam semesta.

“Semoga Bulan Falak ini menjadi titik permulaan kepada usaha melahirkan lebih ramai generasi muda yang mencintai ilmu, mendalami bidang sains serta memahami hubungan antara ibadah, alam dan kebesaran Allah SWT,” katanya.

Related Posts

ADUN Tellian sumbang RM10,000 perkasa wanita Mukah

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pertubuhan Women Fellowship (WF) Mukah Anglican Centre di Mukah sebagai sokongan terhadap usaha memperkasa peranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ngiling Bidai lambang perpaduan masyarakat Sarawak

DALAT – Perayaan Hari Gawai di Sarawak bukan lagi sekadar sambutan untuk satu kaum, sebaliknya menjadi medan penting bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai budaya. Ahli Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KESUMA tumpu intervensi bantu rakyat hilang kerja, perkasa daya tahan pasaran buruh

KESUMA tumpu intervensi bantu rakyat hilang kerja, perkasa daya tahan pasaran buruh

Resepi kejayaan koperasi adalah tata kelola telus, berintegriti

Resepi kejayaan koperasi adalah tata kelola telus, berintegriti

Bantuan perlu berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan kaum

Bantuan perlu berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan kaum

Ada sedikit unsur pengkhianatan di Negeri Sembilan – Anwar

Ada sedikit unsur pengkhianatan di Negeri Sembilan – Anwar

Keterangkuman jadi teras memperkukuh Kerajaan Perpaduan

Keterangkuman jadi teras memperkukuh Kerajaan Perpaduan

ADUN Tellian sumbang RM10,000 perkasa wanita Mukah

ADUN Tellian sumbang RM10,000 perkasa wanita Mukah