Kerajaan Sabah tingkat tajaan KPA kepada RM110,000

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri meningkatkan sumbangan tajaan bagi penganjuran Kinabalu Press Awards (KPA) kepada RM110,000 tahun ini berbanding RM100,000 pada 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peningkatan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan pengamal media di Sabah.

“Peningkatan sumbangan tajaan ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan wartawan sekali gus menyokong segala usaha untuk kecemerlangan pengamal media di negeri ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan sebagai penaja utama untuk majlis ini. Kerajaan negeri terus menjadi penyumbang utama tajaan kepada Kinabalu Press Awards pada tahun ini,” katanya.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai pada Majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2026 di sini, pada Sabtu.

Katanya, kerajaan negeri amat menghargai sumbangan wartawan sebagai rakan kongsi strategik dalam menyebarkan dasar dan kejayaan pembangunan kerajaan kepada rakyat.

“Pelaporan berita khususnya mengenai Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya telah digalas dengan sebaiknya.

“Malah, pada saat-saat sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hinggalah berakhirnya pilihan raya negeri ke-17 tahun lalu, pengamal media telah terlibat secara langsung khususnya dalam aspek pelaporan berita,” ujarnya.

Dalam ada itu, Presiden Persatuan Wartawan Sabah berkata, sebanyak 354 penyertaan telah diterima bagi artikel penerbitan 2025 Dan sebanyak 25 kategori dipertandingkan.

“Peningkatan yang amat ketara berbanding 268 penyertaan pada tahun sebelumnya.

“KPA 2025 juga telah memperkenalkan dua kategori baharu iaitu ‘Entertainment, Culture and Arts Photography Award’ dan ‘Promising Journalist Award’ (Anugerah Wartawan Harapan).

Jelasnya, kategori berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada wartawan dan jurugambar untuk memperluaskan liputan yang mempromosikan budaya tempatan, seni, industri muzik serta artis-artis tempatan.

“Manakala Anugerah Wartawan Harapan pula, menggalakkan penyertaan lebih ramai
dalam kalangan wartawan muda,” kongsinya.

Tambah Maria, kesemua penyertaan dinilai oleh pihak Malaysian Press Institute (MPI), manakala saringan akhir untuk penentuan pemenang telah dinilai oleh juri-juri berpengalaman, yang juga di bawah seliaan MPI.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas