4 ditahan, minyak sawit mentah RM424,210 dirampas di Sandakan

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan empat lelaki serta merampas minyak sawit mentah (CPO) dan pelbagai peralatan bernilai RM424,210 dalam satu operasi di Jalan Check Point Batu 32 di sini, Jumaat.

Menurut kenyataan PPM Wilayah 4 Sabah, memaklumkan operasi yang dijalankan kira-kira pukul 11.45 pagi itu berjaya mengesan aktiviti pemindahan CPO yang disyaki dilakukan tanpa kebenaran daripada sebuah lori tangki ke sebuah lori kotak tiga tan.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut menemukan enam unit tangki IBC berkapasiti 1,000 liter, sebuah enjin pam, dua tong drum dan satu hos yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan.

“Empat lelaki berusia antara 34 hingga 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Mereka terdiri daripada dua warga tempatan dan dua warga Indonesia.

“Turut dirampas sebuah lori tangki, sebuah lori kotak tiga tan serta kira-kira 39,980 kilogram minyak sawit mentah,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Pelesenan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005 (PPLMSM 2005).

Sementara itu, PPM memaklumkan bahawa bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah merekodkan tujuh kes di bawah peraturan berkenaan dengan nilai rampasan keseluruhan RM7,457,546 serta melibatkan 19 tangkapan.

Menurut kenyataan itu, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan bagi membanteras aktiviti penyelewengan, penyeludupan serta pelanggaran undang-undang yang melibatkan komoditi strategik negara.

Related Posts

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan lebih RM36 juta bagi memperkukuh penghayatan Rukun Negara bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda serta memperkasakan budaya integriti nasional sebagai asas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI menerusi Institut Integriti Malaysia melancarkan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (National Integrity Enculturation Strategy – NIES). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NIES merupakan satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

Belanjawan 2027 bakal tentukan hayat kerajaan Perlis?

Belanjawan 2027 bakal tentukan hayat kerajaan Perlis?

Pengundi muda perlu celik politik, bukan sekadar ikut sentimen

Pengundi muda perlu celik politik, bukan sekadar ikut sentimen

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026