4 ditahan, minyak sawit mentah RM424,210 dirampas di Sandakan

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan empat lelaki serta merampas minyak sawit mentah (CPO) dan pelbagai peralatan bernilai RM424,210 dalam satu operasi di Jalan Check Point Batu 32 di sini, Jumaat.

Menurut kenyataan PPM Wilayah 4 Sabah, memaklumkan operasi yang dijalankan kira-kira pukul 11.45 pagi itu berjaya mengesan aktiviti pemindahan CPO yang disyaki dilakukan tanpa kebenaran daripada sebuah lori tangki ke sebuah lori kotak tiga tan.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut menemukan enam unit tangki IBC berkapasiti 1,000 liter, sebuah enjin pam, dua tong drum dan satu hos yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan.

“Empat lelaki berusia antara 34 hingga 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Mereka terdiri daripada dua warga tempatan dan dua warga Indonesia.

“Turut dirampas sebuah lori tangki, sebuah lori kotak tiga tan serta kira-kira 39,980 kilogram minyak sawit mentah,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Pelesenan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005 (PPLMSM 2005).

Sementara itu, PPM memaklumkan bahawa bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah merekodkan tujuh kes di bawah peraturan berkenaan dengan nilai rampasan keseluruhan RM7,457,546 serta melibatkan 19 tangkapan.

Menurut kenyataan itu, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan bagi membanteras aktiviti penyelewengan, penyeludupan serta pelanggaran undang-undang yang melibatkan komoditi strategik negara.

Related Posts

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

KUCHING – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan merakam video dengan niat mengaibkan kehormatan seorang wanita di Festival Makanan Kuching MBKS, pada Sabtu malam lalu.   Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung kejadian gangguan tidak senonoh terhadap seorang wanita yang dipercayai berlaku di kawasan Gelanggang Bola Keranjang, Taman Hill…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia