Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan akan terus menghormati proses perundangan dan kedudukan institusi Raja Berperlembagaan dalam menangani sebarang isu berkaitan pentadbiran negeri.

Beliau berkata, sebarang perubahan perlu dilakukan mengikut saluran undang-undang yang telah ditetapkan dan Kerajaan Persekutuan kekal akur serta taat kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebagai Raja Berperlembagaan negeri itu.

Menurutnya, keutamaan kerajaan adalah memastikan setiap dasar yang dilaksanakan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, termasuk golongan pekerja, petani, nelayan, pesawah padi dan masyarakat luar bandar.

“Sekali lagi saya tegaskan, dasar ini mesti pro-rakyat. Kita dengar perbahasan sehingga terpaksa adakan pilihan raya.

“Ada satu dasar nak tolong rakyat. Ada kita dengar kita ada agenda baik untuk rakyat, untuk pekerja-pekerja, 10,000 pekerja di Seremban ini, petani, nelayan, pesawah padi, orang miskin, desa.

“Adakah tidak? Tak ada dengar. Di mana yang cadangan mereka? Kalau ada yang baik, kalau Tok Min tak boleh buat, saya boleh bantu. Ini Kerajaan Persekutuan,” katanya katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PH Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Timbalan Pengerusi PH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar turut menegaskan bahawa penyelarasan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan penting bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan program dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Negeri Sembilan terus memberikan mandat kepada Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, demi menjamin kestabilan politik serta kemajuan negeri.

“Insya-Allah, jika mandat ini diteruskan, masa depan Negeri Sembilan akan menjadi lebih baik dan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih lancar,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET