Rekod cemerlang pentadbiran Aminuddin jadi taruhan PH

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan rekod pencapaian pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, bagi meyakinkan rakyat untuk terus memberikan mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 1 Ogos depan.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan kerajaan negeri menarik pelaburan bernilai tinggi serta meningkatkan rizab kewangan negeri membuktikan keupayaan kepimpinan Aminuddin dalam mengurus dan memajukan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, pencapaian tersebut menjadi antara kekuatan utama PH dalam menghadapi PRN selain menawarkan kestabilan politik dan kesinambungan dasar pembangunan kepada rakyat.

“Kita (PH) melangkah dalam pilihan raya ini dengan rekod pentadbiran baik pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Kita tawarkan kestabilan, politik yang lebih segar untuk dinilai oleh generasi yang akan datang.

“Kita berikan tawaran pilihan yang terbaik kepada rakyat Negeri Sembilan, seharusnya ia menjadi pilihan pada pilihan raya ini dengan memberi mandat kepada PH mentadbir negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH di sini, malam ini.

Saifuddin berkata, PH kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mempertahankan pentadbiran negeri dengan sasaran memenangi kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Menurut beliau, seluruh jentera parti perlu bekerja secara bersepadu dan memperkukuh gerak kerja di setiap kawasan bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan.

“Kerja utama kita kini ialah memastikan PH dapat memenangi semua kerusi sekali gus mengekalkan PH memerintah di Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PH telah diselesaikan secara baik dan mencapai persetujuan bersama.

Katanya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Aminuddin yang mengetuai rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa isu melibatkan kerusi DUN Sungai Lui yang sebelum ini menimbulkan sedikit perbincangan dalam kalangan parti komponen berjaya diselesaikan apabila kerusi berkenaan diperuntukkan kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

“Ini jelas membuktikan permuafakatan diamalkan dalam kalangan kepemimpinan PH yang sentiasa menjadi asas dalam menyelesaikan setiap permasalahan.

“Saya yakin dengan selesainya pembahagian kerusi terutama di Sungai Lui petanda untuk kita menang semua kerusi,” katanya.

Saifuddin berkata, penyelesaian yang dicapai itu mencerminkan semangat permuafakatan yang kukuh dalam PH, sekali gus memperlihatkan kesiapsiagaan gabungan berkenaan untuk menghadapi saingan dalam PRN Negeri Sembilan.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak