Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sehingga ke hari ini tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan sebarang dakwaan salah guna kuasa atau isu integriti.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab apabila ada pihak menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Aminuddin.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu  tidak melihat sebarang justifikasi munasabah untuk mencetuskan krisis politik sehingga memaksa negeri berkenaan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Tanah mana yang Tok Min curi? Projek balak mana yang diambil? Kalau ada isu rakyat terabai, ada isu rasuah atau salah guna kuasa, kita boleh bincang.

“Tetapi apa sebabnya kerajaan ini hendak dijatuhkan?” soalnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Negeri Sembilan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau sendiri beberapa kali mengingatkan semua pihak supaya mengekalkan kestabilan politik dan memberi ruang kepada kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Menurutnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah menangani isu kos sara hidup, menyalurkan bantuan kepada rakyat serta memperkukuhkan ekonomi negara.

“Saya minta bersabar. Kita ada tanggungjawab untuk jaga makan minum rakyat, harga barang, Tunai Rahmah, SARA dan kebajikan rakyat.

“Belum sampai tiga tahun lagi penggal ini. Tetapi ada yang tidak sabar dan terus mahu berebut kuasa,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan motif sebenar pihak yang didakwa berusaha menggugat kestabilan politik di Negeri Sembilan dan Johor walaupun Kerajaan Persekutuan terus menyalurkan peruntukan pembangunan yang besar kepada kedua-dua negeri.

“Kalau Kerajaan Persekutuan tidak peduli Negeri Sembilan atau Johor, mungkin ada sebab untuk marah tetapi saya tidak pernah dengar keluhan begitu. Jadi yang direbut itu apa sebenarnya?” soalnya lagi.

Menurut Anwar, kerajaan telah meluluskan pelbagai projek strategik termasuk pembangunan pelabuhan baharu, pengembangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), projek Rapid Transit System (RTS), Maharani Energy Gateway serta pembangunan semula Forest City.

Beliau memaklumkan, semua projek itu melibatkan pelaburan dan peruntukan bernilai puluhan bilion ringgit demi manfaat rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Sebab itu saya hairan. Kita bekerja siang malam membawa pelaburan, membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat tetapi ada juga yang lebih berminat mencari jalan untuk merampas kuasa,” katanya.

Anwar menegaskan, beliau menerima amanah mentadbir negara bukan untuk mengumpul kekayaan atau mengejar kedudukan, sebaliknya untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan dan kemajuan ekonomi.

“Allah SWT mentakdirkan kita berada di sini bukan untuk mencari harta atau berebut jawatan. Apabila diberi amanah, jalankanlah amanah itu sebaik-baiknya untuk rakyat,” tegasnya.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

KETUA Wanita PKR, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan jangan kerana perbezaan politik, ada pihak cuba menggambarkan keputusan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib Razak seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menolak gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan menegaskan kestabilan kerajaan bergantung kepada mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat