Eric See-To sila buka mata, zaman Najib lebih tinggi dari Anwar manakala JKOM naik 5 kali ganda di era Muhyiddin

TUDUHAN bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong yang mendakwa peruntukan sekitar RM16 juta kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sebagai pembaziran wang rakyat menimbulkan persoalan lebih besar, sejauh mana kritikan ITU dibuat berasaskan fakta dan konsistensi, atau sekadar dipengaruhi oleh pertimbangan politik semasa.

Dalam perbahasan mengenai penggunaan dana awam, ukuran yang adil bukan sekadar melihat jumlah peruntukan semasa, tetapi perlu dibandingkan dengan trend peruntukan yang pernah diluluskan oleh pentadbiran terdahulu.

Hakikatnya, fungsi komunikasi kerajaan bukan perkara baharu dalam pentadbiran negara. Sebelum dijenamakan semula sebagai JKOM, agensi berkenaan beroperasi sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan menerima peruntukan yang signifikan di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, JASA dilaporkan menerima peruntukan RM22.72 juta pada 2015, RM22.80 juta (2016), RM22.89 juta (2017), manakala Belanjawan 2018 memperuntukkan RM30.02 juta kepada agensi itu. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding RM16.06 juta yang diperuntukkan kepada JKOM pada 2025 dan RM16.23 juta bagi 2026.

Lebih menarik, peruntukan tertinggi pernah direkodkan ketika era Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila JASA yang dijenamakan semula sebagai JKOM menerima RM81.55 juta hingga RM85.5 juta. Angka tersebut bukan sahaja melebihi peruntukan semasa kerajaan MADANI, malah hampir lima kali ganda lebih tinggi daripada peruntukan agensi itu ketika ini.

Persoalan yang wajar ditanya ialah mengapa peruntukan RM16 juta dianggap sebagai pembaziran sedangkan ketika peruntukan mencecah lebih RM22 juta, RM30 juta dan seterusnya RM81 juta, suara bantahan sama tidak kedengaran dengan kekuatan serupa? Jika ukuran pembaziran adalah jumlah peruntukan semata-mata, maka logiknya kritikan terhadap pentadbiran terdahulu sepatutnya lebih lantang kerana jumlah diperuntukkan jauh lebih besar.

Inilah yang sering menjadi kelemahan dalam wacana politik negara, apabila sesuatu perkara dianggap salah apabila dilakukan oleh pihak lawan, tetapi dianggap wajar apabila dilakukan oleh pihak sendiri. Pendekatan sedemikian bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah merendahkan kualiti perdebatan awam dengan sepatutnya berasaskan fakta dan prinsip yang konsisten.

Hakikatnya, fungsi komunikasi kerajaan sentiasa diperlukan tanpa mengira siapa memerintah. Dalam era media sosial yang dipenuhi pelbagai maklumat, fitnah, manipulasi dan berita palsu, kerajaan memerlukan sebuah agensi yang bertanggungjawab menyampaikan dasar, menjelaskan program kerajaan dan memastikan rakyat mendapat maklumat sahih. Fungsi ini pernah dilaksanakan oleh JASA ketika BN memerintah dan diteruskan melalui JKOM di bawah pentadbiran semasa.

Perbahasan mengenai prestasi dan keberhasilan adalah jauh lebih penting daripada sekadar melabel sesuatu peruntukan sebagai pembaziran tanpa melihat gambaran keseluruhan. Malah,ketika kerajaan MADANI sedang melaksanakan pelbagai langkah penjimatan dan rasionalisasi fiskal, angka RM16 juta yang diperuntukkan kepada JKOM sebenarnya menunjukkan pengurangan ketara berbanding era-era sebelumnya.

Ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI tidak memperbesarkan saiz peruntukan agensi komunikasi seperti yang pernah berlaku pada masa lalu. Justeru, adalah tidak adil untuk menggambarkan JKOM sebagai simbol pembaziran semata-mata berdasarkan angka RM16 juta tanpa membuat perbandingan sejarah yang menyeluruh. Rakyat berhak mengetahui keseluruhan fakta, termasuk rekod peruntukan yang jauh lebih besar ketika pentadbiran terdahulu.

Akhirnya, integriti dalam berpolitik bukan sekadar keberanian mengkritik pihak lawan, tetapi juga kesediaan mengakui fakta walaupun ia tidak memihak kepada naratif sendiri. Jika peruntukan RM16 juta dianggap membazir, maka pihak yang pernah mempertahankan peruntukan RM22 juta, RM30 juta atau RM81 juta juga perlu menjelaskan pendirian mereka kepada rakyat. Tanpa konsistensi sedemikian, kritikan tersebut akan dilihat sebagai retorik politik semata-mata, bukannya usaha tulen untuk mempertahankan kepentingan wang rakyat.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung