PM Anwar rasmi Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan di Sabah esok

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, di sini, esok.

Majlis perasmian yang dijadual pada jam 3.30 petang itu merupakan acara kemuncak sambutan yang menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang dalam usaha memperkukuh semangat perpaduan serta mempererat hubungan sosial antara rakyat.

Penganjuran Minggu Perpaduan 2026 dilihat sebagai platform penting untuk memperkukuh nilai kebersamaan, saling menghormati dan keharmonian yang menjadi asas kepada kestabilan serta kemajuan negara.

Pelbagai pengisian disediakan sepanjang sambutan, termasuk aktiviti berteraskan perpaduan, pameran agensi, persembahan kebudayaan serta program penglibatan komuniti yang menonjolkan kepelbagaian identiti masyarakat Malaysia.

Pemilihan Sabah sebagai tuan rumah sambutan peringkat kebangsaan tahun ini turut mencerminkan pengiktirafan terhadap keunikan negeri itu yang sekian lama dikenali sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan budaya.

Kehadiran Perdana Menteri ke program tersebut juga dilihat sebagai manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh agenda perpaduan nasional sebagai teras pembinaan negara yang lebih kukuh dan inklusif.

Terdahulu, Perdana Menteri dijadualkan akan merasmikan Majlis Perasmian Pecah Tanah MADANI Link di Dewan Lundayeh, Sipitang di mana, projek berkenaan dijangka menjadi pemangkin kepada agenda pembangunan infrastruktur dan keterhubungan yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat serta meningkatkan akses dan kemudahan kepada rakyat, khususnya di kawasan Pantai Barat Selatan Sabah.

Selepas itu, Anwar akan menghadiri Program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan Peringkat Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, yang memberi fokus kepada pemerkasaan wanita menerusi pengukuhan nilai, daya tahan serta peranan strategik mereka dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan seterusnya ke Likas.

Lawatan rasmi berkenaan merupakan lawatan kerja keempat Perdana Menteri ke Sabah, sekali gus memperlihatkan kesinambungan pendekatan turun padang Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan, kesejahteraan rakyat serta pengukuhan perpaduan terus diperkasa secara menyeluruh di negeri ini.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung