Guru disiplin cedera ditumbuk pelajar, Exco tunggu laporan rasmi

PARIT – Seorang guru disiplin cedera dipercayai ditumbuk sekumpulan pelajar yang tidak puas hati rambut mereka dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah mengesahkan perkara itu dan pihaknya kini sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu didakwa rentetan rasa tidak puas hati apabila guru berkenaan menggunting rambut pelajar terbabit.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja itu, semakan lanjut sedang dilakukan bagi menentukan kesahihan kejadian tersebut.

“Saya belum mendapat maklumat yang sahih dan masih menunggu laporan daripada JPN berhubung kejadian itu.

“Sekiranya benar berlaku, ia merupakan satu tindakan yang tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Gen Alpha Peringkat KEMAS Parlimen Parit di Seri Iskandar, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Khairuddin mengingatkan bahawa adab dan nilai perlu diletakkan lebih tinggi daripada ilmu.

“Pelajar harus menghormati guru walaupun terdapat perkara dalam proses pembelajaran yang mungkin tidak disenangi.

“Jika tiada adab, sukar untuk menjadikan seseorang individu itu berdisiplin dan berwawasan,” ujarnya.

  • Related Posts

    Tragedi bot PATI karam: Jenazah 27 etnik Rohingya selamat dikebumikan

    ALOR SETAR – Jenazah 27 etnik Rohingya warga Myanmar yang ditemui dalam insiden bot karam di perairan Langkawi pada November tahun lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama, Tualang,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    ADUN Moyog akui proses Pilihan Raya JKKK ambil masa, watikah akan disesaikan segera

    PENAMPANG – Proses pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Moyog sedang dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan dijangka dimuktamadkan secepat mungkin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tragedi bot PATI karam: Jenazah 27 etnik Rohingya selamat dikebumikan

    Tragedi bot PATI karam: Jenazah 27 etnik Rohingya selamat dikebumikan

    ADUN Moyog akui proses Pilihan Raya JKKK ambil masa, watikah akan disesaikan segera

    ADUN Moyog akui proses Pilihan Raya JKKK ambil masa, watikah akan disesaikan segera

    Lelaki Rohingya dituduh bunuh, cederakan pasangan suami isteri

    Lelaki Rohingya dituduh bunuh, cederakan pasangan suami isteri

    Imigresen berjaya cekup 17 PATI di 8 premis di Langkawi

    Imigresen berjaya cekup 17 PATI di 8 premis di Langkawi

    Warga emas ditahan disyaki jual hidupan liar dilindungi kepada pelancong

    Warga emas ditahan disyaki jual hidupan liar dilindungi kepada pelancong

    Pelbagai hidupan liar dirampas dalam OPS Bersepadu 3.0 di Penampang

    Pelbagai hidupan liar dirampas dalam OPS Bersepadu 3.0 di Penampang