KDNK kukuh, lebihan hasil Sarawak dipulangkan menerusi pendidikan percuma – Annuar

KUCHING – Sarawak menterjemahkan kekukuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta pengurusan kewangan yang cemerlang dengan memulangkan semula lebihan hasil pendapatan negeri kepada rakyat menerusi inisiatif pendidikan percuma.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pencapaian ekonomi negeri kini berada pada tahap yang amat membanggakan, sekali gus membolehkan agenda pembangunan modal insan direalisasikan dengan berkesan.

Menurut beliau, pelaksanaan pendidikan secara percuma itu merupakan satu usaha tulus daripada pihak kerajaan berlandaskan prinsip pengagihan kekayaan, walaupun ia tidak pernah ditaburkan sebagai janji sewaktu kempen pilihan raya.

“Kerajaan Sarawak mencapai suatu tahap yang begitu tinggi, tidak pernah kita mimpikan pada masa-masa yang lalu di mana tahap KDNK kita sentiasa meningkat dan kita diiktiraf mempunyai pengurusan kewangan terbaik di Malaysia.

“Kerajaan yang mempunyai pendapatan yang lebih harus dipulangkan kepada rakyat, dan salah satu bentuknya ialah pendidikan secara percuma. Kita laksanakan apa yang harus dilaksanakan menggunakan pendapatan lebih hasil usaha kerajaan dan rakyat Sarawak sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menyempurnakan majlis perasmian Konvensyen Graduan Melayu Sarawak (KGMS) 2.0 Tahun 2026 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang pada Khamis.  

Menyentuh mengenai agenda yang sama, Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), Ir Ts Syed Hossin Wan Hamit turut menyifatkan pencapaian ekonomi yang membolehkan penawaran pendidikan percuma di universiti milik kerajaan negeri itu sebagai satu lonjakan paradigma.  

Beliau menjelaskan, pendidikan yang berteraskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), inovasi, serta pembangunan bakat akan menjadi enjin utama dalam melahirkan model modal insan kelas pertama pada masa hadapan.

“Hasil pengurusan ekonomi yang dijana, Sarawak kini mampu menawarkan pendidikan percuma kepada anak bangsanya.

“Harapan kita agar akses pendidikan dan latihan bakat berimpak tinggi ini dapat diterjemahkan kepada jaminan peluang kerjaya profesional bertaraf global buat graduan kita, sekaligus menjadi satu realiti menjelang tahun 2030,” ujar beliau.

Konvensyen anjuran IGMS itu berjaya menghimpunkan kira-kira 300 peserta yang berhimpun bagi merangka pelan pemerkasaan kepemimpinan dan sosioekonomi masyarakat Melayu selari dengan arus kemajuan negeri.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang