Guru disiplin cedera ditumbuk pelajar, Exco tunggu laporan rasmi

PARIT – Seorang guru disiplin cedera dipercayai ditumbuk sekumpulan pelajar yang tidak puas hati rambut mereka dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah mengesahkan perkara itu dan pihaknya kini sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu didakwa rentetan rasa tidak puas hati apabila guru berkenaan menggunting rambut pelajar terbabit.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja itu, semakan lanjut sedang dilakukan bagi menentukan kesahihan kejadian tersebut.

“Saya belum mendapat maklumat yang sahih dan masih menunggu laporan daripada JPN berhubung kejadian itu.

“Sekiranya benar berlaku, ia merupakan satu tindakan yang tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Gen Alpha Peringkat KEMAS Parlimen Parit di Seri Iskandar, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Khairuddin mengingatkan bahawa adab dan nilai perlu diletakkan lebih tinggi daripada ilmu.

“Pelajar harus menghormati guru walaupun terdapat perkara dalam proses pembelajaran yang mungkin tidak disenangi.

“Jika tiada adab, sukar untuk menjadikan seseorang individu itu berdisiplin dan berwawasan,” ujarnya.

  • Related Posts

    PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

    GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

    BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

    PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

    Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

    Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

    PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

    PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

    MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

    MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

    PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

    PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

    Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

    Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti