Sultan Muhammad V zahir keprihatinan, santuni mangsa kebakaran Kampung Gok Kapur

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapur di sini, malam tadi.

Keberangkatan baginda bertemu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran yang memusnahkan 27 rumah pada Isnin lalu sekali gus menzahirkan keprihatinan terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, kehadiran Sultan Muhammad V menjadi sumber kekuatan dan ketenangan kepada mangsa serta penduduk yang terkesan.

Mohd Asri berkata, keberangkatan baginda pada saat rakyat berdepan ujian dan kesusahan melambangkan kasih sayang seorang pemerintah yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Sesungguhnya, rakyat menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Sultan Muhammad V yang berkenan turun padang meninjau sendiri keadaan mangsa serta menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap musibah yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau malam tadi.

Dalam lawatan itu, baginda turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam terhadap mangsa serta berharap mereka terus tabah menghadapi dugaan tersebut.

Pada Isnin lalu, kebakaran di Kampung Gok Kapur memusnahkan 27 rumah, manakala punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Musibah itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Foto: Berita Harian

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik