Selangor-Singapura teroka peluang pelaburan dan rangkaian baharu

SINGAPURA – Hubungan erat antara Selangor dan Singapura dijangka memasuki fasa baharu apabila beberapa siri pertemuan strategik yang diadakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan pemimpin serta agensi utama republik itu.

Amirudin berkata, kerjasama tersebut bukan sahaja tertumpu kepada aspek ekonomi, malah membuka ruang kepada pembinaan rangkaian strategik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kebudayaan dan hubungan diplomatik.

“Saya berkesempatan bertemu dan berbincang dengan beberapa menteri Singapura termasuk Lee Hsien Loong yang juga bekas Perdana Menteri Singapura serta Menteri Pendidikan, Desmond Lee.

“Kami turut adakan pertemuan dengan beberapa agensi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings yang memberi pandangan penting mengenai potensi memperkukuh kerjasama dalam konteks Nusantara, khususnya antara Selangor dan Singapura,” katanya yang berada di Singapura selama tiga hari di bawah Program S.R. Nathan Fellowship.

Menurut Amiruddin, Program Fellowship yang dinamakan sempena Presiden keenam Singapura, mendiang S.R. Nathan itu menghimpunkan pemimpin baharu dari seluruh dunia bagi bertukar pandangan, memperkukuh persefahaman serta mendalami pengalaman pembangunan, dasar awam dan kerangka tadbir urus Singapura.

“Saya berkongsi pandangan bahawa ekonomi Selangor dan Singapura mempunyai ruang luas untuk bekerjasama.

“Saya percaya kedua-dua ekonomi boleh membangunkan rangkaian syarikat tempatan yang dipercayai di Asia Tenggara serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada syarikat dan pekerja di kedua-dua pihak,” tambahnya.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Singapura dalam satu kenyataan berkata, lawatan berkenaan memberi peluang kepada Amirudin mengadakan sesi libat urus dengan beberapa agensi kerajaan republik itu serta menerima taklimat mengenai perancangan ekonomi, promosi pelaburan, pembangunan semula bandar dan perancangan bandar.

Related Posts

KPT sokong penuh hasrat Sarawak naik taraf iCATS jadi universiti

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan kesediaan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri Sarawak bagi menaik taraf Kolej Universiti iCATS kepada sebuah universiti penuh.   Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NADI terus diperkasakan selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI 

KUCHING – Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang baharu dilantik sebagai rakan strategik, digesa lebih proaktif merangka program pemerkasaan komuniti setempat. Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi, Abdullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPT sokong penuh hasrat Sarawak naik taraf iCATS jadi universiti

KPT sokong penuh hasrat Sarawak naik taraf iCATS jadi universiti

NADI terus diperkasakan selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI 

NADI terus diperkasakan selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI 

Sinergi UOC–UCSF pacu pembangunan bakat kesihatan Sabah

Sinergi UOC–UCSF pacu pembangunan bakat kesihatan Sabah

Lebih 430kg sampah pantai dikutip, UMS–TAED perkukuh agenda kelestarian Marin

Lebih 430kg sampah pantai dikutip, UMS–TAED perkukuh agenda kelestarian Marin

Perpisahan dengan Bersatu tepat pada masanya – DUPP

Perpisahan dengan Bersatu tepat pada masanya – DUPP

Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara

Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara