Selangor-Singapura teroka peluang pelaburan dan rangkaian baharu

SINGAPURA – Hubungan erat antara Selangor dan Singapura dijangka memasuki fasa baharu apabila beberapa siri pertemuan strategik yang diadakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan pemimpin serta agensi utama republik itu.

Amirudin berkata, kerjasama tersebut bukan sahaja tertumpu kepada aspek ekonomi, malah membuka ruang kepada pembinaan rangkaian strategik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kebudayaan dan hubungan diplomatik.

“Saya berkesempatan bertemu dan berbincang dengan beberapa menteri Singapura termasuk Lee Hsien Loong yang juga bekas Perdana Menteri Singapura serta Menteri Pendidikan, Desmond Lee.

“Kami turut adakan pertemuan dengan beberapa agensi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings yang memberi pandangan penting mengenai potensi memperkukuh kerjasama dalam konteks Nusantara, khususnya antara Selangor dan Singapura,” katanya yang berada di Singapura selama tiga hari di bawah Program S.R. Nathan Fellowship.

Menurut Amiruddin, Program Fellowship yang dinamakan sempena Presiden keenam Singapura, mendiang S.R. Nathan itu menghimpunkan pemimpin baharu dari seluruh dunia bagi bertukar pandangan, memperkukuh persefahaman serta mendalami pengalaman pembangunan, dasar awam dan kerangka tadbir urus Singapura.

“Saya berkongsi pandangan bahawa ekonomi Selangor dan Singapura mempunyai ruang luas untuk bekerjasama.

“Saya percaya kedua-dua ekonomi boleh membangunkan rangkaian syarikat tempatan yang dipercayai di Asia Tenggara serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada syarikat dan pekerja di kedua-dua pihak,” tambahnya.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Singapura dalam satu kenyataan berkata, lawatan berkenaan memberi peluang kepada Amirudin mengadakan sesi libat urus dengan beberapa agensi kerajaan republik itu serta menerima taklimat mengenai perancangan ekonomi, promosi pelaburan, pembangunan semula bandar dan perancangan bandar.

Related Posts

Perpisahan dengan Bersatu tepat pada masanya -DUPP

ALOR SETAR – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyifatkan keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu sebagai langkah tepat pada masanya selepas hubungan itu tidak lagi membawa kepada matlamat penyatuan ummah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Job On Campus’ bantu mahasiswa jana pendapatan

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan program penandaan peringkat kebangsaan iaitu inisiatif Job On Campus bagi membuka peluang pekerjaan kepada mahasiswa di dalam kampus universiti masing-masing.   Menterinya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpisahan dengan Bersatu tepat pada masanya -DUPP

Perpisahan dengan Bersatu tepat pada masanya -DUPP

Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara

Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara

‘Job On Campus’ bantu mahasiswa jana pendapatan

‘Job On Campus’ bantu mahasiswa jana pendapatan

Helah sorok beras putih bawah temukut lalu ICQS gagal.

Helah sorok beras putih bawah temukut lalu ICQS gagal.

Lebih utamakan kelompok tertentu bukan penyatuan ummah, punca Pas tinggalkan Bersatu

Lebih utamakan kelompok tertentu bukan penyatuan ummah, punca Pas tinggalkan Bersatu

Tangkap ikan guna bahan letupan, tiga lelaki didenda RM2,000

Tangkap ikan guna bahan letupan, tiga lelaki didenda RM2,000