Syam Ghaz dilantik KP baharu JKOM, tekad perkasa maklumat kepada rakyat secara proaktif

PUTRAJAYA – Aktivis politik, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu berkuat kuasa Isnin.

Beliau menggantikan Datuk Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatan minggu lalu selepas lebih setahun memimpin jabatan berkenaan dan telah pun menggalas tugas baharu di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam amanat sulungnya bersama warga JKOM, beliau menyeru agar agensi itu bergerak lebih proaktif dan pantas dalam menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat.

Menurutnya, usaha memperkukuh jaringan kerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan akan diberi keutamaan bagi memastikan setiap maklumat berkaitan dasar, program serta inisiatif kerajaan dapat diperoleh dengan lebih cepat.

“Saya akan mengadakan pertemuan bersama kementerian dan agensi kerajaan yang ada bagi memastikan maklumat sampai ke JKOM dengan lebih cepat dan dalam tempoh segera, kita boleh sampaikan kepada komuniti.

“Kita perlu memastikan JKOM menjadi agensi yang pantas menyampaikan maklumat yang tepat dan pada masa sama membantu menjawab serta menangkis fitnah yang boleh mengelirukan rakyat,” katanya.

Syam Ghaz berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat sulung kepada kakitangan JKOM, pada petang Isnin.

Pada masa sama, Mohd Hisyamuddin turut menekankan kepentingan hubungan erat antara JKOM dan organisasi media dalam memastikan maklumat kerajaan dapat disampaikan secara meluas kepada rakyat.

Beliau berkata, pertemuan dengan wakil media akan diadakan secara berperingkat, termasuk kunjungan ke beberapa organisasi media bagi memperkukuh kerjasama strategik.

“Esok saya akan ke MalaysiaKini dan bertemu rakan-rakan media di sana sebagai sebahagian usaha membina hubungan yang lebih rapat dengan pengamal media.

“Kita kena pastikan kita juga menjadi agensi yang pantas dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan maklumat tangkis fitnah kepada media,” katanya.

Syam Ghaz sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Anak jati Kelantan ini memulakan langkah dalam aktivisme politik sejak era Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau kemudian menyertai Amanah pada 2015 dan pernah bertanding di DUN Apam Putra pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Seterusnya, beliau memilih untuk berhijrah ke PKR dan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kuala Krai pada PRU15.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan