Bahan rampasan jadi bukti tentukan akidah pengikut GISB

KOTA BHARU – Hasil rampasan Op Global fasa keempat oleh polis dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dijadikan bukti sokongan untuk menentukan status pegangan akidah pengikut kumpulan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata bahan bukti itu akan dijadikan asas dalam kertas laporan.

Katanya, kertas laporan berkenaan akan dibincang dan diputuskan dalam Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI) yang dijadual berlangsung pada Selasa hingga Khamis ini.

“Keputusan Muzakarah MKI mengenai status doktrin diperjuangkan GISBH akan menjadi panduan kepada pihak berkuasa agama negeri dalam mengeluarkan fatwa bagi membolehkan proses pendakwaan terhadap ajaran kumpulan ini dibawa ke Mahkamah Syariah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejajar arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), katanya, JAKIM sentiasa berusaha memastikan pegangan akidah dan syariah umat Islam di negara ini selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hakimah berkata, sebarang usaha yang boleh mencemarkan kesucian ajaran Islam akan dibendung dengan kerjasama semua pihak.

“JAKIM menghargai kerjasama semua agensi yang terbabit khususnya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu JAKIM melengkapkan bahan bukti untuk tujuan tersebut.

“Penghargaan juga kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang memberi kerjasama erat kepada JAKIM selama ini bagi memastikan proses penentuan status pegangan akidah dan syariah pengikut GISBH dapat diputuskan secara tuntas,”

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli