Kerajaan negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengalu-alukan pembayaran interim pemberian khas kepada Sabah berjumlah RM1.5 bilion seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

“Sabah berharap peruntukan tersebut dapat disalurkan secepat mungkin demi manfaat rakyat negeri ini.

“Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Anwar merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan apa yang dijanjikan.

“Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua peruntukan di bawah MA63, khususnya pemberian khas 40 peratus, dapat direalisasikan,” katanya.

Ketua Menteri turut menyambut baik jaminan Perdana Menteri tersebut semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di mana Kerajaan Persekutuan akan menunaikan komitmennya terhadap Malaysia Agreement 1963 (MA63).

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini