Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

KUANTAN – Seluruh rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini diseru memelihara perpaduan dan mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh meretakkan keharmonian masyarakat.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, dalam suasana dunia semakin mencabar, umat Islam perlu terus bersatu padu, memperkukuh ukhuwah serta tidak mudah dipengaruhi dengan perkara yang boleh menggugat perpaduan.

“Seperti mana dizahirkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj menerusi Perutusan Aidiladha 2026 yang menyeru umat Islam dan orang Melayu di negara ini supaya terus bersatu padu serta mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan kekuatan bangsa dan mencetuskan keresahan rakyat,” titah baginda dalam Titah Perutusan Aidiladha 2026 di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya, rakyat negeri ini.

Baginda berdua turut mendoakan seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan ibadah, dikurniakan kesihatan yang baik, memperoleh haji mabrur dan kembali ke tanah air dengan selamat.

Al-Sultan Abdullah bertitah, Aidiladha adalah simbol pengorbanan, keikhlasan dan kekuatan ukhuwah sesama umat Islam.

Titah baginda, perhimpunan jutaan umat Islam di Tanah Suci tanpa mengira bangsa, darjat dan kedudukan membuktikan Islam menuntut umatnya hidup bersatu padu, saling menghormati dan memperkukuhkan persaudaraan.

“Aidiladha membawa pengajaran mengenai pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan ummah… selain menjadi lambang kesatuan umat Islam tanpa mengira pangkat, bangsa dan kedudukan.

“Dalam hal ini jua, Allah SWT mengingatkan kita supaya mengutamakan perpaduan demi kekuatan ummah melalui firmanNya dalam Surah Al-Anfal ayat 46,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah, kekuatan bangsa dan negara tidak hanya bergantung kepada pembangunan ekonomi semata-mata, tetapi turut bergantung kepada kesatuan rakyat, kestabilan masyarakat serta sikap saling menghormati antara kaum dan agama.

“Saya juga berharap agar seluruh rakyat di negeri ini sentiasa memelihara adab, memperkukuhkan semangat muafakat dan mengutamakan kepentingan bersama demi keamanan serta kesejahteraan negara,” titah baginda.

Related Posts

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

KOTA KINABALU – Friends of BHESS bakal diperkenalkan sebagai wadah memperluas kefahaman dan sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor