Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

KOTA KINABALU – Umat Islam di negeri ini diseru agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua rakyat keseluruhannya juga digesa agar sentiasa menjaga silaturahim, bersatu-padu dan mengelakkan daripada terjadinya perpecahan dan perbalahan.

“Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar.

“Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai ktibar yang sentiasa dihayati oleh seluruh umat Islam.

“Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan. Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri.

“Inilah yang kita pelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberikan inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita dalam membangunkan negeri tercinta ini.

“Marilah kita sama-sama mengambil peluang pada hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan bagi rakyat dan negeri ini,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 1447H, di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu beliau berharap agar Aidiladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk umat Islam terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan nilai pengorbanan agar tergolong dalam kalangan hamba Allah SWT yang dirahmati.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar