Kerajaan MADANI catat rekod terbaik, selesai 9 tuntutan MA63 dalam 3 tahun

SELAMA lebih 60 tahun selepas pembentukan Malaysia, isu MA63 sering dijadikan janji politik setiap kali pilihan raya datang menjengah.

Semua yang pernah menduduki kerusi nombor 1 di Putrajaya bercakap tentang mengembalikan hak Sabah dan Sarawak. Namun realitinya, terlalu sedikit yang benar-benar diselesaikan.

Di bawah era Tun Mahathir, tuntutan struktur berkaitan MA63 kekal bergerak perlahan.

Era Najib Razak juga banyak isu MA63 masih berada di peringkat jawatankuasa dan perbincangan tanpa penyelesaian konkrit.

Ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob, beberapa perkembangan mula berlaku termasuk pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada 2021 bagi mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah pengasas Malaysia.

Tetapi momentum itu masih belum cukup untuk memecahkan kebuntuan selama puluhan tahun.

Di bawah pentadbiran PMX, buat pertama kali, rakyat Sabah dan Sarawak mula melihat sesuatu yang berbeza. Setakat ini, Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan utama MA63 dalam tempoh sekitar tiga tahun pentadbiran.

Itu fakta.

Dan fakta itu penting kerana selama beberapa dekad, isu MA63 sering tersekat antara retorik politik dan birokrasi Persekutuan.

Antara perkara yang berjaya diselesaikan ialah:

  1. Pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah serta Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).
  2. Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 bagi membolehkan wakil kerajaan Sabah dan Sarawak menjadi anggota tetap LHDN.
  3. Penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan Sabah.
  4. Penyelesaian berkaitan pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak.
  5. Penyediaan garis panduan penyerahan semula tanah yang dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak.
  6. Penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan Sabah.
  7. Cadangan pindaan Perkara 95B Perlembagaan Persekutuan berkaitan pengubahsuaian pembahagian kuasa perundangan untuk Sabah dan Sarawak.
  8. Penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri.
  9. Penyelesaian isu tenaga buruh di Sabah dan Sarawak.

Sebahagian tuntutan itu tertangguh sejak berdekad lamanya kerana ia melibatkan kuasa Persekutuan, implikasi kewangan negara, struktur pentadbiran dan sensitiviti politik nasional.

Sebab itu ramai boleh bercakap tentang MA63.
Tetapi tidak ramai mampu memecahkan kebuntuan yang diwarisi sejak sekian lama.

Hanya di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI yang tentunya dibantu oleh kecekapan penjawat-penjawat awam yang terlibat, sebuah pendekatan yang lebih agresif dan terbuka dalam rundingan MA63 banyak diselesaikan.

Malah buat pertama kali, pelaksanaan MA63 mula bergerak dalam bentuk yang lebih sistematik, dipantau melalui jawatankuasa teknikal dan dilaporkan secara berkala kepada rakyat.

Betul, masih banyak yang sedang dalam proses penyelesaian, tetapi kerajaan hari ini sedang bergerak pantas dalam rentang masa yang di tentukan untuk menyelesaikannya.

Malah, wajib diakui isu MA63 hari ini menunjukkan proses penyelesaian bergerak lebih laju dan jauh berbanding mana-mana kerajaan sebelumnya.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Ampang dan Pandan. Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

AMPANG – Pandan kini menjadi ‘Parlimen angkat’ baharu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam