Sabah kekal status negeri karbon negatif – Hajiji

SOOK – Sabah masih mengekalkan status sebagai net carbon sink atau negeri karbon negatif berdasarkan data inventori gas rumah hijau serta laporan terkini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, status tersebut disokong oleh keluasan kawasan berhutan yang signifikan di negeri itu yang menyumbang secara besar kepada kapasiti penyerapan karbon negara.

“Peranan hutan dalam mengurangkan impak pemanasan global akibat perubahan iklim menjadi sangat kritikal kerana hutan berfungsi sebagai carbon sink, iaitu kawasan yang menyerap lebih banyak karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera, seterusnya membantu menstabilkan sistem iklim global.

“Secara tidak langsung, hutan yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada aktiviti karbon khususnya hutan paya dan bakau boleh dikembangkan dalam sektor ekonomi alam semulajadi selaras dengan pembangunan sektor Blue Economy dan Green Economy di peringkat negeri,’’ ujarnya semasa merasmikan Hari Hutan Antarabangsa Kebangsaan di Dataran Sook, pada Sabtu.

Katanya lagi, pendekatan pengurusan hutan secara inklusif yang melibatkan komuniti mampu mencapai keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat.

“Ini terbukti melalui inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah melaksanakan projek-projek bersama komuniti setempat di bawah Tabung Projek Pemulihan Hutan.

“Program berasaskan komuniti ini termasuklah program penanaman semula hutan terosot melalui pendekatan pemulihan landskap hutan, pemulihan kawasan tadahan air, serta pembangunan sumber pendapatan alternatif berasaskan hasil hutan bukan kayu seperti madu kelulut dan rotan,’’ kongsinya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata, usaha Kerajaan Negeri turut dibantu melalui penyaluran peruntukan berterusan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan juga Tabung Ecological Fiscal Transfer (EFT).

“Saya dimaklumkan, di bawah Rolling Plan-One (RP-1), Jabatan Perhutanan Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM70.8 juta bagi tujuan pelaksanaan projek-projek perhutanan di Sabah, dalam tempoh RMK13.

“Melalui EFT pula, Sabah adalah di antara wilayah penerima dana terbesar, iaitu sebanyak RM126.36 juta sejak tahun 2019 dan ia telah digunakan untuk melaksanakan projek konservasi biodiversiti.

“Ini juga menunjukkan pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan ke atas usaha konservasi yang dijalankan di wilayah ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, tema Hari Hutan Antarabangsa, ‘Hutan dan Ekonomi’, amat bertepatan bagi menonjolkan peranan hutan bukan sahaja sebagai khazanah alam, tetapi juga sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Sementara itu, Hajiji turut mengalu-alukan pemilihan daerah Sook sebagai hos kepada majlis ini di luar kawasan ibu negara yang membuka ruang dan peluang kepada rakyat di pedalaman untuk sama-sama meraikan Hari Hutan Antarabangsa peringkat kebangsaan.

“Ini tentunya atas inisiatif dan sokongan padu daripada Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia.

“Kebetulan juga Sook ini baharu juga dinaiktaraf dan diwartakan sebagai daerah penuh pada April tahun lalu dan hari ini mendapat penghormatan sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada dearah dan penduduk Sook,” katanya.

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran