Koperasi Kakal Maju perkasa ekonomi usahawan Bumiputera Limbang

LIMBANG – Penubuhan Koperasi Kakal Maju Limbang Sdn Bhd di bawah naungan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Limbang dilihat sebagai langkah tepat dalam memperkukuh ekonomi usahawan Bumiputera menerusi konsep perniagaan berkumpulan dan perkongsian modal.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, koperasi tersebut mampu menjadi platform penting bagi memperluaskan jaringan perniagaan sekali gus meningkatkan ekonomi ahli dalam pelbagai sektor berpotensi.

Menurut beliau, pelbagai bidang boleh diterokai menerusi koperasi itu termasuk sektor makanan, pertanian, pembuatan dan perniagaan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada DUBS Cawangan Limbang atas penubuhan Koperasi Kakal Maju Limbang Sdn Bhd.

“Koperasi ini diyakini dapat memberi manfaat secara langsung kepada ahli dan membantu mereka berkembang lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Jentera Berat sumbangan DUBS Pusat menerusi DUBS Holding Sdn Bhd kepada DUBS Cawangan Limbang yang berlangsung di Persatuan Melayu Limbang, hari ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, DUBS Cawangan Limbang yang kini masih menyewa premis lain bakal memiliki bangunan kedai sendiri melibatkan kos pembinaan sebanyak RM1.8 juta.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, DUBS Cawangan Limbang turut menerima dua jentera berat sumbangan DUBS Pusat menerusi DUBS Holding Sdn Bhd untuk disewakan kepada syarikat serta individu yang berminat.

Katanya, inisiatif tersebut bukan sahaja dapat menjana pendapatan tambahan kepada organisasi, malah membantu memastikan badan itu terus agresif, berdaya saing dan dinamik dalam memperkasakan ekonomi serta bidang keusahawanan Bumiputera di kawasan Limbang.

Related Posts

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

KOTA KINABALU – Penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Hospitality Fiesta 2.0 dilihat sebagai platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana sebenar industri hospitaliti. Naib Canselor UMS, Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memperkukuh usaha menjaga kebersihan kawasan perkampungan air sebagai langkah menyokong pembangunan sektor pelancongan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat. Mayor Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS