Dua lelaki maut tertimbus ketika gali lubang untuk melombong emas

JELI – Dua lelaki ditemukan maut selepas tertimbus di dalam lubang yang digali dipercayai untuk aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong di sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Ali Akhbar, 38, dan Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Izuan Che Ibrahim berkata, kedua-dua mangsa ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa maut di lokasi,” katanya ketika dihubungi oleh pihak media hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, kedua-dua mangsa dipercayai sedang menggali lubang untuk melombong emas sebelum tanah runtuh dan menimbus mereka.

Seorang lagi lelaki bagaimanapun dilaporkan terselamat dalam kejadian tersebut.

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan kemudian bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

Mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Foto : Utusan

Related Posts

Jalan Gua Musang-Lojing dibuka semula mulai 21 Mei ini

GUA MUSANG – Laluan Jalan Gua Musang-Lojing yang menghubungkan Kelantan, Pahang dan Perak dibuka semula kepada pengguna bermula 21 Mei melalui jalan lencongan sementara. Pembukaan laluan itu penting bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veterinar Perak gagalkan cubaan seludup 101 kambing tanpa permit

BIDOR – Cubaan menyeludup 101 ekor kambing tanpa dokumen sah menggunakan lori bertutup kanvas gagal apabila kenderaan itu ditahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dalam Ops Korban Tegas 2026 di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Gua Musang-Lojing dibuka semula mulai 21 Mei ini

Jalan Gua Musang-Lojing dibuka semula mulai 21 Mei ini

Percaturan baharu ala Rafizi berisiko ulang sejarah menjadi kubur politik

Percaturan baharu ala Rafizi berisiko ulang sejarah menjadi kubur politik

Manifesto parti Rafizi sekadar fantasi politik, sedap didengar namun sukar ditepati

Manifesto parti Rafizi sekadar fantasi politik, sedap didengar namun sukar ditepati

MADANI bukan sekadar slogan, tetapi hasil nyata untuk rakyat