Empat motosikal polis musnah dalam kebakaran di IPD Pasir Puteh

PASIR PUTEH – Empat motosikal milik polis trafik musnah dalam kebakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh awal pagi Khamis.

Kejadian kira-kira jam 2.27 pagi itu turut memusnahkan sebuah motosikal awam selain menyebabkan sebahagian bangunan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustoffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.27 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya pasukan operasi di lokasi, kebakaran didapati membabitkan empat motosikal polis trafik, sebuah motosikal awam serta sebahagian bangunan di IPD berkenaan.

“Anggaran kemusnahan motosikal adalah 100 peratus manakala bangunan pula kira-kira 10 peratus,” katanya.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan sebaik tiba di lokasi bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkaitan.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Foto: Berita Harian

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan